American Wirehair (AWH) adalah ras kucing yang terlahir dari mutasi genetik spontan dari kucing yang hidup di pertanian New York, Amerika sekitar tahun 1966.
Kucing jantan berwarna Red Tabby dan putih adalah satu-satunya kucing yang dapat hidup hingga dewasa.
Kucing dengan mutasi genetik ini mempunyai helai bulu yang kaku dan berkerut-kerut seperti kawat. Bahkan kumisnya pun ikut kaku dan berkerut.
Untuk memperkuat sifat genetik dan memperkaya genetik, American Wirehair disilangkan dengan ras American Shorthair (ASH). Sifat-sifat ASH seperti otot yang tebal dan padat, serta kondisi kesihatan yang baik.
American Wirehair adalah kucing yang sangat dekat dan berorientasi pada manusia.
Mirip dengan anjing, ia akan mengikuti pemiliknya kemanapun sang pemilik pergi.
AWH juga termasuk kucing yang pendiam dan jarang bersuara.
Kelebihan lainnya adalah sifatnya yang tidak berisik dan sangat mencintai pemiliknya.
AWH termasuk ras berukuran sedang dengan berat badan 4-5.5 Kg.
Ciri khas ras ini terdapat pada bulunya yang padat dan kasar. Helai bulunya berlekuk lekuk.
Bentuk kepala agak bulat dengan tulang pipi menonjol.
Seorang ahli genetik dan pembiak kucing diCalifornia mencuba untuk menyilangkan Asian Leopard Cat dengan American Shorthair.
Perkawinan silang ini bertujuan mendapatkan pola spotted wild cat pada kucing domestik.
Nama Bengal ini datangnya dari nama Latin bagi Asian Leopard Cat iaitu Feline Bengalensis sering disebut sebagai Bengal Tiger.
Domestik Bengal telah mewarisi corak tompok liar yang eksotik dan mengagumkan daripada Asian Leopard Cat, yang banyak dijumpai di Asia tengah.
Pada bulan februari 1998, seekor kucing bengal bernama Cato, memegang rekod sebagai kucing termahal di dunia. Cato dibeli oleh Cindy Jackson (London, Inggris) dengan harga 41,435 USD. Cindy sendiri adalah seorang pemegang rekor dunia sebagai orang yang menjalani operasi plastik terbanyak terbanyak. Rekod kucing termahal ini hanya bertahan hingga tahun 2005.
Asian Leopard Cat tahan terhadap penyakit Feline Leukemia yang disebabkan oleh sejenis virus.
Dengan bentuk badan yang besar dan gagah, bengal mendapatkan sebagian ciri fizikal leluhurnya yang merupakan kucing liar.
Kucing betina dewasa mempunyai berat badan sekitar 4-5 Kg, sedangkan kucing jantan boleh mencapai berat 10 Kg.
Bentuk kepala kucing bengal besar dan agak panjang, tetapi lebih kecil dibandingkan bentuk tubuhnya.
Lehernya besar, panjang dan berotot, seimbang dengan ukuran kepala.
Hidung besar dan lebar, sedangkan kulit hidung berwarna merah dengan garis luar hitam.
Telinga sedang dan menghadap kedepan. Mata lebar dan bulat seperti buah almond, berwarna hijau atau amber.
Sifat Dan KetrampilanRas Bengal adalah kucing yang cerdas dan aktif.
Salah satu ciri khasnya adalah kesukaan akan air, mereka tidak keberatan sebahagian tubuhnya basah oleh air.
Breed yang sangat cantik ini merupakan kucing yang penyayang, sangat mengasihi dan suka berkawan di samping mengekalkan ciri unik keluarga liarnya.
Kucing Bengal ini bersaiz sederhana dan besar berbanding kucing shorthaired yang lain.
Kucing Bengal juga mempunyai tubuh berotot dengan susuk yang panjang, menampakkan ia lebih besar. Penampilan mereka juga lebih tegap dan teguh.
Bahagian kepala mereka mempunyai riak liar dan menggentarkan dengan telinga bulat kecil, tandaan belang dan tompok yang mendalam pada bahagian muka serta lapis misai yang nyata.
Di sebalik struktur fizikal yang mengingatkan kita kepada moyangnya di hutan liar, kucing Bengal adalah kucing yang mempunyai sifat kasih yang mengagumkan.
Kucing Bengal kadangkala boleh menjadi nakal dan riuh di dalam rumah. Mereka sangat aktif dan sentiasa bersedia untuk bermain. Mereka juga mempunyai personaliti vokal, bijak, penyayang dan suka mendampingi manusia dan memuaskan hati manusia.
Pemilik kucing Bengal akan mendapati bahawa breed ini hampir dengan anjing dari segi personaliti di mana mereka akan mengikuti anda ke mana sahaja anda pergi dari bilik ke bilik dan sentiasa menantikan kepulangan anda dengan sambutan yang ceria.