Friday, 12 August 2011

TASIK BAIKAL PALING DALAM DAN TERTUA DI DUNIA


Tasik Paling Dalam Dan Tertua Dunia
  • Tasik Baikal terletak di selatan Rusia di wilayah Siberia, antara Irkutsk Oblast dan Republik Buryat
  • Tasik itu adalah yang paling dalam (1620 meter), tertua berusia lebih kurang 30 juta tahun dan yang  kedua terbesar selepas Laut Kaspia.
  • Tasik ini dikenali sebagai salah satu daripada keajaiban semulajadi yang paling menakjubkan di dunia dan mengandungi satu perlima air tawar dunia.  Ia juga dikenali kerana saiznya.
  • Satu daripada 800 spesis yang menjadi tuan rumah Baikal ialah anjing laut, satu misteri saintifik memandangkan tasik itu ialah beratus kilometer dari laut terdekat.
  •  Pada musim sejuk, Baikal sering membeku di landasan kereta api Siberia.
  • Harta karun berbentuk emas bernilai berbilion-bilion pound sterling milik maharaja Rusia atau dikenali dengan gelaran Tsar dipercayai ditemui di dasar tasik paling dalam di dunia

  •  Sejak beberapa hari lalu, krew sebuah kapal selam mini, Mir-2 menemui banyak objek bersinar seperti emas semasa melakukan kerja pemetaan di Tasik Baikal pada kedalaman 400 meter dari permukaan air. Sebelum ini, legenda tempatan menyatakan bahawa sejumlah 1,600 tan emas hilang apabila sebuah kereta api komander tentera diraja Rusia tergelincir dan terjunam ke dalam Tasik Baikal di negeri Siberia.
  • Emas itu dipercayai milik Maharaja Rusia terakhir, Tsar Nicholas II dari Dinasti Romanov yang memerintah negara itu pada tahun 1900 tetapi baginda dibunuh dalam revolusi komunis Bolshevik selepas Perang Dunia Pertama pada 16 Julai 1918 oleh anggota-anggota tentera komunis. Pada tahun lalu, bangkai kereta api dan sejumlah kotak berisi peluru ditemui di dalam tasik itu tetapi baru-baru ini, Mir-2 membuat penemuan terbaru itu di sini.
  •  Baikal kini juga merupakan tempat perlindungan untuk pencinta alam dan satu destinasi percutian indah.






No comments:

Post a Comment